Jangan Samakan Badhri Radzi Seperti Nilai Sebuah Beg Tangan Birkin

Posted on 11 views
Masa hadapan bekas kapten Kelantan FA, Badhri Radzi kelihatan samar selepas tiada pasukan di Liga Malaysia menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah itu.

Badhri Radzi atau sinonim dengan panggilan Piya di kalangan peminat bola sepak tempatan dibebaskan oleh pasukan dari pantai timur itu pada awal bulan lalu.

Menurut laporan Fox Sports Asia, Piya telah menghubungi Ketua Jurulatih Felda United FC, B. Sathianathan untuk meneruskan karier profesionalnya.

Ditolak Felda United

Namun demikian Felda dikatakan terpaksa melupakan niat tersebut kerana tidak mempunyai peruntukkan untuk membawa pemain tersebut menyertai mereka.

Adakah ini kerana pampasan kepada Kelantan FA terlalu tinggi? Ataupun tiada pasukan di Liga Malaysia mampu membayar tuntutan pendapatan pemain ini?

“Piya adalah pemain yang bagus dan menepati profail pemain di dalam pelan saya. Beliau pasti boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan. Namun saya terpaksa melupakan niat tersebut kerana Felda tidak mempunyai dana untuk Piya,” ujar Stahianathan seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Sebelum ini Kelantan FA telah melepaskan beberapa pemain utama mereka kerana dikatakan tidak berada di dalam perancangan ketua jurulatih, Fajr Ibrahim.

Antara nama pemain yang telah dilepaskan ialah Ferdinand Sinaga, Bruno Lopes, Amiridzwan Taj dan juga S. Veenod.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

Manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat telah mengesahkan menyertai Melaka United pada jendela perpindahan Mei ini.

Dengan jendela perpindahan akan ditutup pada 3 Jun hadapan semakin mendekat, ia pasti sesuatu yang merisaukan buat bekas kapten Kelantan berusia 35 tahun ini.

Tidak senilai beg Birkin?

Itulah dilema pemain bola sepak profesional di Liga Malaysia tatkala semakin memanjat usia.

Hal ini bukan sahaja berlaku di Liga Malaysia, malah di mana-mana pertandingan pun di dunia.

Semakin dimamah usia, semakin susut nilainya. Ia bukannya seperti beg jenama Birkin yang sering menjadi sebutan rakyat Malaysia sejak tengah malam tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.