Isteri Achey Teruja Menjadi Ibu Susuan Bayi Angkat Mereka

Posted on 1 views

Isteri kepada pelawak Achey, Nor Hasanah Yahaya akui teruja untuk menjadi ibu susuan kepada anak angkat mereka Nur Tiara Zinnirah Nasir yang berusia dua bulan.

Isteri Achey Teruja Menjadi Ibu Susuan Bayi Angkat Mereka
Isteri Achey Teruja Menjadi Ibu Susuan Bayi Angkat Mereka

ARTIKEL MENARIK: “Setelah Berjumpa Doktor, Abang Disahkan …” – Remy Ishak

Nor Hasanah berkata dia kini dalam usaha dan proses untuk menjadikan Nur Tiara sebagai bayi susuannya.

“Saya sangat teruja untuk menyusukan sendiri Nur Tiara seperti anak saya sendiri.

“Insya-Allah, saya dalam proses untuk melakukan beberapa rawatan untuk menjadi ibu susuan,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai pengalaman menjaga Nur Tiara, Nor Hasanah berkata Achey seorang bapa yang sangat melindungi anaknya.

“Sebenarnya kewujudan Nur Tiara dalam rumah tangga kami telah mengubah segalanya.

“Kami menjadi terlalu fokus kepada Nur Tiara hingga mengetepikan semua perkara termasuk urusan lain.

“Achey pula menjadi sangat ‘protective’ kepada Nur Tiara, hinggakan hendak masuk ke rumah pun dia akan membaca segala ayat al-quran sebelum membenarkan kami masuk rumah,” katanya lagi.

Pasangan ini mengambil Nur Tiara sebagai anak angkat pada 6 Ramadan lalu.

Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: Gempak

—————————————————————–

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.