Iran Tetap Turun Beraksi Walaupun Tiada Bekalan But Daripada Nike

Posted on 3 views
Wakil Asia, Iran menghadapi pelbagai dugaan apabila perlawanan persahabatan dibatalkan selain kekurangan but bola. Namun begitu ia sama sekali tidak melemahkan impian skuad Iran untuk bersaing di Piala Dunia, kata ketua jurulatihnya, Carlos Queiroz.

Iran akan membuka tirai perlawanan bertemu Maghribi esok di Saint Petersburg, yang dianggap Queiroz sebagai misi mesti menang kerana selepas itu mereka bakal bertemu gergasi Sepanyol dan Portugal dalam Kumpulan B.

Skuad bimbingan Queiroz melalui kempen kelayakan benua Asia tanpa merekodkan kekalahan sepanjang 18 perlawanan.

Bagaimanapun persediaan Iran ke Russia terganggu selepas perlawanan persahabatan dengan Greece dan Kosovo dibatalkan.

Awal minggu ini, Nike mengumumkan untuk menghentikan bekalan but kepada skuad Iran berikutan keputusan Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap negara itu.

“Kami tidak pernah menggunakan permintaan maaf atau sebarang justifikasi. Kami menggunakan segala kesukaran sebagai inspirasi untuk meningkatkan motivasi ketika turun beraksi,” kata Queiroz.

Sehingga kini, Iran kekal pasukan bukan pilihan di dalam Kumpulan B, namun Queiroz gembira dengan status bukan pilihan.

“Kami mengakui Mahgribi, Sepanyol dan Portugal adalah pasukan pilihan mengambil kira kepada sejarah, persediaan ke Piala Dunia, kematangan pemain selain mempunyai pemain yang beraksi bersama kelab ternama Eropah.

“Tapi kami menolak tanggapan bahawa kami tidak mampu untuk mencatatkan kemenangan. Tiada siapa yang dapat menafikan kemampuan kami,” katanya.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.