INSTITUSI RAJA JADI BAHAN FITNAH, MANA PIHAK BERKUASA??? ~ SEMUT HITAM

Posted on 3 views

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial, baginda menerima suapan RM1.3 bilion atas “naungan baginda” berhubung satu projek.

Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu.

“Saya tiada kaitan dengan syarikat China itu. Syarikat China itu sudah pun menjawab. Saya tidak mahu komen,” titah baginda dalam satu WhatApps melalui pegawai media kepada Bernama hari ini.

Sepucuk surat mendakwa RM1.3 bilion diberikan kepada Tengku Abdullah sebagai suapan atas “naungan baginda” menjadi viral dalam media sosial.

Surat bertarikh 8 Februari 2018 dan ditandatangani Presiden CRIIC Global & Pacific, Will JW Ding berkata, wang itu adalah ganjaran selepas Sapura-China Rainbow Consortium dikatakan diberi projek MRT3 bernilai RM45 bilion.

Sementara itu, CRIIC dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan itu dan menegaskan mereka “menjalankan perniagaan dengan penuh integiriti dan mengamalkan piawaian tertinggi urus tadbir korporat”.

“Surat yang didakwa itu direka-reka. CRIIC tidak pernah mengeluarkan surat seperti itu. Kandungannya benar-benar palsu dan tidak wujud Sapura-China Rainbow Consortium,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut CRIIC sedang mendapatkan nasihat undang-undang dan berhak menuntut keadilan bagi mendapat remedi sivil dan jenayah terhadap pelaku berniat jahat itu.

Source : Semut Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.