Insiden Kena Terjah Di Tempat Letak Kereta, Insta Stories Ifa Raziah Sarat ‘Nota Cinta’ Buat Sheeda?

Posted on 2 views
Aduhai.. kecoh dunia hiburan malam tadi apabila penyanyi dangdut, Sheeda ada memuat naik potongan video, yang menyaksikan dirinya tengah terjah selebriti versatil, Ifa Raziah di sebuah kawasan letak kereta di pusat membeli-belah.

Difahamkan, tindakan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Angkat Kaki dan Buaya Darat itu adalah untuk bertanya sekiranya Ifa ada memburukkan dirinya menerusi sebuah program televisyen.

Lalu, insiden yang kian hangat diperkatakan itu dikatakan mengheret Ifa untuk meluahkan rasa, dipercayai ada kaitan dengan apa yang berlaku.

Berikut merupakan antara paparan Insta Stories yang dimuat naik penyanyi dan pengacara terkenal itu;

Malah, kejadian tersebut nyata mengejutkan ramai pihak dan pastinya, netizen turut memberi pelbagai reaksi terhadap apa yang berlaku. Sekiranya benar dua figura senior ini bermasam muka ada tiada persefahaman, harapnya ia dapat diselesaikan cara baik.

 

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.