INSENTIF UNTUK TOLONG PENEROKA, BUKAN RAIH UNDI

Posted on 12 views
Insentif untuk tolong peneroka, bukan raih undi

Kuala Lumpur – Insentif-insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah untuk membantu para peneroka menyelesaikan isu hutang mereka dan bukan untuk meraih undi semata-mata.

Felda dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, tuduhan yang tular di laman sosial kebelakangan ini kononnya Felda sengaja meyebabkan hutang peneroka meningkat setiap tahun bagi menjerat leher mereka.

“Tuduhan ini sangat tidak berasas dan tidak bersandarkan kepada fakta sebenar.

“Seramai 112,635 orang peneroka berhak untuk mengetahui fakta sebenar supaya mereka tidak dikelirukan dan termakan dengan tuduhan tersebut.

“Felda membantu meringankan beban peneroka semasa tempoh tanam semuladengan menyediakan pinjaman pembangunan ladang, pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil.

“Pinjaman-pinjaman ini bersifat satu pilihan kepada peneroka,” katanya.

Pada 23 Julai tahun lalu, satu Pelan Jangka Panjang telah diperkenalkan pada 23 Julai tahun lepas yang melibatkan perubahan struktur untuk membantu peneroka menyelesaikan isu hutang tanam semula yang dikatakan membebankan pengguna.

Ini termasuklah pelupusan hutang tanam semula bernilai RM5,000 bagi semua peneroka yang bersama Felda.

Bagi 7,839 peneroka telah bebas hutang pembangunan ladang, mereka dipilih bagi menerima Insentif tersebut secara tunai sebanyak RM5,000 setiap orang.

Insentif kedua, melibatkan pelupusan lebihan hutang tanam semula bagi pembangunan ladang peneroka yang melebihi kos biasa.

Dana khas sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi tujuan ini selama 5 tahun bermula 2018.

Insentif geran khas tanam semula sebanyak RM7,500 sehektar juga disediakan kepada peneroka yang bersama sistem Felda.

Model ini dapat mengurangkan beban hutang pembangunan tanam semula sehingga 70 peratus sekaligus meningkatkan aliran tunai peneroka semasa tempoh bayaran kembali hutang kelak.

“Perubahan struktur ini bertujuan menyelesaikan isu hutang tanam semula yang dikatakan membebankan peneroka. Ini bermaksud pemberian insentif-insentif tersebut bukanlah berkisar soal membeli sokongan mahupun populariti.

“Kesan optimum insentif-insentif ini jelas membuktikan bahawa FELDA telah berjaya mengurangkan hutang peneroka sejak 2017 sekaligus menafikan tuduhan bahawa model hutang FELDA dijadikan alat untuk menjerat peneroka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.