Inilah Tugas Sebenar Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Yang Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu

Posted on 3 views

Agong, atau Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah merupakan ketua negara Malaysia.

Inilah Tugas Sebenar Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Yang Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu
Inilah Tugas Sebenar Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Yang Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu

Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem raja berpelembagaan, peranan YDPA adalah sangat luas, namun tertakluk kepada perlembagaan. Tidak ramai yang mengetahui tentang peranan sebenar YDPA, dan artikel ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada umum secara ringkas tentang tugas sebenar seorang Agong.ARTIKEL MENARIK: DYMM Yang Di Pertuan Agong Potong Gaji Dan Emolumen Demi Negara…

Sejarah Takhta Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

sejarah yang dipertuan agong ydpa

Pada Ogos 1957, selepas menolak cadangan gelaran Yang di-Pertuan Besar berbanding YDPA, Persidangan Majlis Raja-Raja akhirnya melantik pemegang takhta yang pertama.

Mengikut senioriti, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang memerintah negeri itu sejak 1895 diberikan keutamaan untuk peranan tersebut, namun baginda terpaksa menolak kerana kekangan umur yang sudah tua.

Sultan Abu Bakar dari Pahang yang memerintah negeri itu sejak tahun 1932 adalah individu yang berhak (dari segi senioriti) untuk takhta tersebut, namun telah ditolak oleh sultan-sultan dari negeri lain melalui undian. Memerintah Negeri Sembilan sejak 1933, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad akhirnya dilantik menjadi YDPA yang pertama selepas 8 daripada 9 undian sultan-sultan negeri menyebelahi baginda.

persidangan majlis raja raja

Persidangan Raja-Raja yang pertama terdiri daripada:

  1. Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Pahang)
  2. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Negeri Sembilan)
  3. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Selangor)
  4. Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Kedah)
  5. Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Kelantan)
  6. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Perlis)
  7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Terengganu)
  8. Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Perak)
  9. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Johor)

Turutan Giliran YDPA Dari Segi Senioriti

senarai yang di pertuan agong

Sejak kitaran pertama 9 YDPA (1957-1994), turutan bagi takhta YDPA antara sultan negeri masing-masing dikekalkan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.