Inilah Sejarah ringkas hubungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim yang mungkin ramai tak tahu!!

Posted on 11 views

Anwar Ibrahim sudah pun mendapat pengampunan diraja serta dibebaskan hari ini. Apa yang menarik, beliau dibebaskan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri yang baru. Macam yang kita tahu, Anwar dan Mahathir ada sejarah tersendiri dalam hubungan mereka. Jom! Sambung baca artikel ini.

Inilah Sejarah ringkas hubungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim yang mungkin ramai tak tahu!!
Inilah Sejarah ringkas hubungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim yang mungkin ramai tak tahu!!

Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dua tokoh Malaysia paling berpengaruh zaman ni. Ramai yang tau DSAI merupakan Timbalan kepada Tun M satu masa dulu, dan tiba satu ketika tiba-tiba mereka bergaduh dan berpatah arang.Jadi mana tak riuh sekampung bila keluar gambar Tun M bersalaman dengan Anwar baru-baru ni! Tun M datang ke mahkamah untuk menyokong Anwar yang cuba menentang Akta MKN (juga dikenali sebagai Akta Diktator).

ARTIKEL MENARIK: Rosmah Mansur Akhirnya Dah Boleh Tidur Lena Dan Bangun Ikut Suka Hati. Ini Sebabnya….

Ini merupakan kali pertama mereka bertemu kembali selepas 15 tahun!

Korang ingat lagi tak sejarah antara dua tokoh lejen ni? Macam mana mereka mula-mula kenal, apa yang mereka selalu sembangkan, dan kenapa tiba-tiba bergaduh?

Apa kita buat throwback sikit tentang hubungan antara Tun M dan Anwar yang penuh dengan onak dan duri ni, terutamanya bagi kita yang tak ikut sangat dengan cerita politik lama ni kan.

OK jom kita mula. Hubungan mereka berputik… bila Anwar join UMNO.

Dulu semua orang ingat Anwar akan join PAS

Sebelum jadi ahli politik lagi Anwar dah terkenal sebagai seorang pemimpin yang disegani. Dia merupakan salah seorang pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan juga presidennya yang kedua. Oleh kerana perjuangan ABIM adalah berlandaskan Islam, mereka memang selalu dikaitkan dengan PAS.

Anwar sewaktu dia jadi presiden ABIM. Imej dari Twitter Anwar.

Tapi pada tahun 1982, semua orang terkejut bila Anwar mengumumkan akan menyertai musuh ketat PAS iaitu UMNO, dan pengumuman ni dibuat di hadapan Tun M sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.