Iniesta Mahu Rakan Sepasukan Berwaspada Dengan Setiap Pergerakan Cristiano Ronaldo

Posted on 1 views
Skuad La Roja akan membuka kempen Piala Dunia 2018 dengan perlawanan menentang Portugal bagi kumpulan B pada Sabtu 16 Jun ini.

Menjelang perlawanan tersebut, Andres Iniesta memperingatkan kepada para pemain supaya berwaspada menghadapi Portugal, khursusnya Cristiano Ronaldo.

“Portugal merupakan salah satu pasukan yang sukar untuk dikalahkan, dan kami (Sepanyol) harus tampil dengan persembahan yang terbaik di Piala Dunia nanti.”

“Sedikit kesilapan sahaja  yang dilakukan di bahagian pertahanan, ianya boleh mengundang bahaya buat pasukan.”katanya.

2018 FIFA World Cup qualifiers: Cristiano Ronaldo grabs hat-trick as Portugal beat Faroe Islands 5-1

Bercakap kepada Goal, Iniesta turut berpesan kepada pemain pertahanan agar cuba melakukan yang terbaik untuk menghentikan dan mengagalkan segala gerakan dari Cristiano Ronaldo dalam perlawanan nanti.

“Cristiano adalah seorang pemain yang serba boleh dan menjadi harapan untuk mana pasukan yang diwakilinya termasuk Portugal.”

Walaupun Sepanyol memiliki ramai pemain yang sudah biasa menjalani latihan di Real Madrid bersama Ronaldo seperti Sergio Ramos, Nacho Fernández, Marco Asensio, Isco, Dani Carvaral dan Lucas Vazquez, Iniesta tetap mahu rakan sepasukannya agar berwaspada dengan setiap pergerakan pemain berusia 33 tahun tersebut.

during the La Liga match between Real Madrid CF and FC Barcelona at Estadio Bernabeu on April 23, 2017 in Madrid, Spain.

Iniesta telah berhadapan dengan Ronaldo berkali-kali dalam pertembungan El Clasico, sudah tentu beliau amat mengetahui kehebatan Ronaldo dalam setiap perlawanan.

Di atas kertas, Sepanyol diramal tidak mengalami sebarang masalah untuk melangkah ke pusingan seterusnya selepas diundi berada dalam kumpulan B bersama Portugal, Magribi dan Iran.

Namun, dalam permainan bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.