Iniesta Dan Torres Beraksi Buat Kali Terakhir Di La Liga Hujung Minggu Ini

Posted on 9 views
Bintang Barcelona, Andres Iniesta dan penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres bakal beraksi buat kali terakhir bersama kelab masing-masing pada perlawanan terakhir La Liga hujung minggu ini.

Bulan lalu, Iniesta mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kelab yang diwakilinya sejak berusia 12 tahun itu dan media tempatan melaporkan Iniesta akan berpindah ke Jepun.

Kelab itu akan memberikan sambutan penuh emosi buat kapten pasukan dengan penyokong di Nou Camp akan memaparkan kepingan mozek tertera perkataan ‘Infinite Iniesta’.

Barca tewas buat kali pertama dalam saingan liga di Levante minggu lalu sekali gus menjejaskan impian untuk menamatkan musim tanpa kalah.

BARCELONA, SPAIN – APRIL 27: Andres Iniesta of FC Barcelona faces the media during a press conference at the Ciutat Deportiva Joan Gamper on April 27, 2018 in Barcelona, Spain. At the end of this season Andres Iniesta will leave the Catalan Club. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde bagaimanapun percaya kekalahan itu tidak akan menjejaskan kegembiraan mereka selepas memenangi dua gelaran musim ini.

“Perkara ini nampak mudah tetapi tidak bagi kami,” katanya. “Kami cuba sebaik mungkin dan inilah hasilnya. Sudah tentu kami agak kecewa kerana gagal menamatkan musim tanpa sebarang kekalahan.”

Sementara itu, Atletico akan melayan Eibar, Ahad ini sebelum mengucapkan selamat jalan kepada Torres yang bakal menamatkan kontraknya.

Torres yang kini berusia 34 tahun sentiasa menyokong Atletico sejak berusia lima tahun dan menyertai akademi kelab terbabit sebelum tampil buat pertama kali bersama skuad utama pada usia 17 tahun.

Finalis Liga Juara-Juara, Real Madrid yang menamatkan musim di tangga ketiga di belakang Barca dan Atletico Madrid, bertandang ke Villarreal, Sabtu ini.

Fernando Torres

Jurulatih Real, Zinedine Zidane percaya kemenangan di saingan tertinggi Eropah itu bakal menjadi pencapaian terbaik dan gembira dengan prestasi anak buahnya di peringkat berkenaan.

“Memenangi liga utama itu mungkin menjadi perkara paling sukar yang anda boleh lakukan…” kata Zidane.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *