Ini 5 Cara Mudah Untuk Tampil Bersinar Di Pagi Aidilfitri

Posted on 7 views
Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan sudah pun tiba. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pulak. Memang pantas sungguh masa berlalu kan? Pastinya kita yang menyambut Aidilfitri (terutama kaum Hawa) mahu kelihatan bersinar-sinar, cantik dan memukau sepanjang bulan Syawal. Iyerlah, raya kan setahun sekali. Masa inilah kita nak bertemu dan berkumpul dengan kawan-kawan serta sanak saudara. Untung-untung boleh bertemu jodoh jugak!!!

Dalam kesibukan kita berpuasa dan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, jangan lupa untuk memastikan badan kita berada di dalam keadaan. Sepanjang 30 hari Ramadhan inilah kita kena berusaha keras untuk mendapatkan badan yang sihat dan wajah yang berseri-seri. Taknaklah muka kusam, badan lesu dan kelihatan tidak bermaya di pagi 1 Syawal kelak. Untuk itu, kami kongsikan 5 cara mudah yang semua orang boleh lakukan untuk anda kelihatan bersinar-sinar dan awesome di pagi Aidilfitri kelak:-

1. Pastikan tidur secukupnya

image

Pastinya anda sibuk berjaga malam untuk membuat kuih, menjahit baju raya dan juga mengemas rumah sepanjang bulan Ramadhan ini. Namun jangan lupa badan kita memerlukan tidur yang secukupnya untuk tampil cergas, segar dan berseri. Buat kuih buat kuih jugak, tapi janganlah “stay up” sampai jam 4 pagi. Limitkan masa. Pukul 12 tengah malam dah kena ada atas katil untuk tidur. Ini kerana semasa kita tidur, pengaliran darah di dalam badan kita adalah pada tahap optimum, membolehkan wajah kita bersinar-sinar apabila bangun. Kekurangan tidur telah terbukti secara saintifik mengurangkan pengaliran darah terutamanya ke bahagian muka. Itu yang sembam je muka kita kalau sekadar tidur 3,4 jam.

2. Kawal nafsu makan

image

Seperti yang diketahui, sepanjang bulan Ramadhan ini, kita hanya makan 2 kali sehari jadi kena pastikan makanan yang dipilih adalah berkhasiat dan lengkap. Janganlah sekadar makan nasi, ayam percik, kuih-muih dan air manis sahaja. Kena pastikan makanan kita adalah sihat dan seimbang. Jangan lupa untuk makan roti, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan juga. Kalau boleh kurangkan makanan yang tinggi kalori dan berlemak kerana ia kurang berkhasiat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.