Hukum solat Jumaat jika bertembung dengan Hari Raya: Ini Jawapan Mufti Wilayah Yang Mengejutkan

Posted on 5 views

Hukum solat Jumaat jika bertembung dengan Hari Raya: Ini Jawapan Mufti Wilayah Yang Mengejutkan

Hukum solat Jumaat jika bertembung dengan Hari Raya: Ini Jawapan Mufti Wilayah Yang Mengejutkan
Hukum solat Jumaat jika bertembung dengan Hari Raya: Ini Jawapan Mufti Wilayah Yang Mengejutkan

MukadimahAlhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

ARTIKEL MENARIK: Hukum Dan Akibat Jika Tidur Kaki Menghadap Kiblat Yang Ramai Tidak Tahu… Tonton Penjelasan Ustaz Azhar Idrus


Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri merupakan dua hari kebesaran dalam Islam. Kita selaku umat Islam dianjurkan untuk meraikan hari tersebut mengikut lunas dan sunah baginda, Rasulullah SAW. Baru-baru ini timbul isu dalam masyarakat tentang hukum solat Jumaat bagi kaum lelaki sekiranya bertembung hari dengan hari raya. Sebahagian pihak mengatakan bahawa solat Jumaat tidak lagi wajib dilaksanakan jika seseorang itu sudah menunaikan solat hari raya. Ini berbeza dengan amalan kebiasaan masyarakat Malaysia yang tetap menunaikan solat Jumaat seperti biasa sekalipun daripada segi cara perlaksanaannya adalah hampir sama kerana melibatkan dua rakaat solat dan dua khutbah.Melihat kepada polemik ini, kami ingin menjawab isu berkenaan dalam artikel Tahqiq al-Masa’il kali ini memandangkan isu ini sebenarnya melibatkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama Salaf. Justeru kami tajukkan makalah Tahqiq al-Masa’il siri kelima ini dengan tajuk “Hukum Solat Jumaat Jika Bertembung Dengan Hari Raya”.

Semoga huraian ini memberikan manfaat dan penjelesan yang baik tentang isu sebenar dan cara penyelesaian yang terbaik dalam isu ini.


Solat Jumaat Adalah KewajibanSolat Jumaat adalah suatu kewajiban atau wajib ain bagi kaum lelakk yang, baligh, beraqal, merdeka, bermukim, sihat dan tidak uzur, dalam keadaan berjemaah. Pensyariatan solat ini disebut oleh Allah SWT sendiri di dalam al-Quran. Firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.