Hanipa Pengsan. Ini Ucapan Papagomo Umno Buat Ramai Penyokong PH Berang

Posted on 2 views

Semalam Hanipa Maidin pengsan ketika perhimpunan. Ekoran itu, ini ucapan berani Papagomo yang merupakan Exco Pemuda UMNO buat ramai penyokong PH berang. Mengejutkan.

Hanipa Pengsan. Ini Ucapan Papagomo Umno Buat Ramai Penyokong PH Berang
Hanipa Pengsan. Ini Ucapan Papagomo Umno Buat Ramai Penyokong PH Berang

UNTUK APA LANTIK ORANG SAKIT KRONIK JADI MENTERIARTIKEL MENARIK: Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris membidas kerajaan Pakatan Harapan yang didakwanya melantik “orang sakit” sebagai menganggotai jemaah menteri sekadar untuk “makan gaji dan elaun duit rakyat”.

Merujuk kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan dalam majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di Putrajaya, semalam, katanya, pemimpin AMANAH itu tidak layak diberikan jawatan.

“Semua tahu Hanipa Maidin ni tak sihat dan sakit stroke, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan lain-lain yang kronik.

“Untuk apa orang sakit kronik dilantik timbalan menteri? Nak berkhimat atau makan gaji dan elaun duit rakyat?” soalnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Penulis blog yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Papagomo pada tahun 2014 pernah dijatuhkan hukuman bersalah kerana memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan tindakannya menyiarkan beberapa imej lucah didakwa kononnya ahli politik terbabit bersama seorang lelaki lain, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan dia membayar ganti rugi sebanyak RM800,000.

Keputusan itu dibuat hanya dua bulan selepas identiti sebenarnya didedahkan walaupun dia menafikannya.

Keputusan berkenaan kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan pada 26 Julai tahun lalu.

Mengulas lanjut, Wan Muhammad Azri berkata, beliau bukan bertujuan menghina Hanipa tetapi kerajaan hari ini sepatutnya serius dalam menunaikan janjinya iaitu berkhidmat untuk rakyat.

“Kalau dah orang sakit dilantik timbalan menteri dan asyik cuti sakit macam mana nak bekerja? Ramai lagi anggota parlimen Pakatan Harapan boleh dilantik jadi timbalan menteri ganti Hanipah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.