by

HADI SEKOLAHKAN TUAN IBRAHIM JANGAN GANGGU KERJA SPR

11/4/2018 Rabu – Keputusan SPR menetapkan tarikh membuang undi pada 9hb Mei 2018 telah mendapat respon negative terutama pembangkang. Tuan Ibrahim Tuan Man ,Timbalan Presiden PAS awal awal lagi sudah melenting umpama cacing kepanasan. Beliau di petik sebagai berkata

“PAS kesal tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi.Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah ‘merompak’ hak rakyat terutamanya yang berada di luar kawasan untuk mengundi.

Nampak sangat betapa gelojohnya Timbalan Presiden PAS membuat kenyataan kerana mendahului Presiden PAS Hadi Awang. Presiden PAS ketika ditemui media selepas ceramah Amanat Pilihan Raya : PAS Teraju Pahang di Padang Cenderawasih semalam berkata” Tak perlulah kita mengganggu tugas mereka, nak perintah dia buat itu dan ini. Tugas kita s,ituekarang menggerakkan jentera parti,manakala pengundi pula kena bersedia untuk mengundi parti yang mereka sokong”.

“mengenai penetapan tarikh pilihanraya, itu kerja SPR dan terpulang kepada mereka bila nak buat(hari mengundi)Yang penting kesedian rakyat untuk keluar pada hari tersebut”, ujar Hadi Awang.

Kenyataan Presiden PAS itu dikatakan merujuk kepada tindakan Timbalannya yang awal awal lagi sudah menyerang SPR dan tidak berlapang dada dengan menghormati SPR sebagai sebuah Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas membuat keputusan dalam membuat keputusan.

P/S : Sudah tak sabar agaknya nak jadi Presiden Parti , gelojoh betul timbalan presiden PAS.

Source : Portal Pahangku

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed