GENAP DUA BULAN.. SEMAK 10 JANJI 100 HARI PAKATAN HARAPAN

Posted on 5 views

Hari ini genap 2 bulan sejak Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran kerajaan. Bermakna kurang 40 hari untuk mereka menunaikan 10 janji 100 hari mereka. Semakan terhadap janji tersebut adalah seperti ini:

*1) Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.*

Belum ditunaikan!

GST belum dihapuskan, hanya dikadar sifarkan. Dijangka akan ada pembentangan memansuh akta GST pada sidang Dewan Rakyat bermula minggu depan. Kadar sifar GST tidak terbukti mengurangkan harga barangan. Tiada juga pengenalan apa-apa inisiatif peduli rakyat.

*2) Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.*

Belum terlaksana!

Harga RON95 sebelum PRU-14 masih kekal dan akan terus kekal sehingga akhir tahun. Kerajaan tidak melaksanakan subsidi bersasar sebaliknya kembali semula kepada subsidi pukal yang memberi lebih banyak kelebihan kepada golongan berpendapatan tinggi berbanding golongan yang memerlukan. Sistem subsidi pukal sebelum ini dikritik oleh badan antarabangsaa seperti Bank Dunia.

*3) Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA.*

Belum dilaksana!

Masih belum ada perkembangan lanjut berkaitan janji ini. Sebaliknya terdapat aduan dari peneroka FELDA yang masih belum menerima pembayaran wang sara hidup bulanan.

*4) Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah*

Ditangguhkan!

Kerajaan memberi alasan masalah kewangan negara menyebabkan janji ini tidak dapat dilaksanakan buat masa ini. Kerajaan juga memberi alasan peruntukan undang-undang tidak membenarkan perkara ini. Tiada kepastian sama ada akan terdapat pindaan terhadap akta KWSP pada sesi parlimen akan datang.

*5) Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.*

Belum tertunai!

Menteri Tenaga Kerja telah menyatakan gaji minimum baharu sektor swasta akan diumumkan pada bulan Ogos. Perintah Gaji Minimum setiap 2 tahun yang diperkenalkan kerajaan BN sememangnya akan tamat pada tahun ink selepas pelarasan terakhir pada 2016. Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menyatakan gaji minimum akan menjejaskan peniaga kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.