Gas Asli Naik Harga Sebanyak 77 sen, Subsidi Dikurangkan Bermula Julai

Posted on 19 views

Bermula Julai ini, isi rumah di Malaysia perlu membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ianya akan dinaikkan sebanyak RM0.77 per satu juta unit termal British (MMBtu), lapor Utusan.

Menurut kenyataan daripada Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 selepas menerima kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga di mana harganya berubah ke RM31.92/MMBtu.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” katanya.

Pihak kerajaan bagaimanapun sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan selama tiga tahun mulai Januari 2017 dimana IBR membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan.

“Di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan sebanyak 77 sen per MMBtu akan dilaksanakan untuk semua kategori, ini kerana kos sebenar adalah tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut.”  

“Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu,” katanya.

Menurut kenyataan akhbar daripada pihak Suruhanjaya Tenaga, kerajaan mengambil langkah meneruskan perlaksaan semakan harga gas asli di mana subsidi harga gas asli dikurangkan secara beransur-ansur sebanyak RM1.50/mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai harga pasaran.

“Berikutan pengurangan subsidi harga gas asli yang dikawal selia tersebut serta peningkatan unjuran isipadu gas asli berasaskan liquefied natural gas (LNG), tarif asas purata gas asli Gas Malaysia Berhad (GMB) ditetapkan pada kadar RM31.92/mmBtu bagi tempoh Julai hingga Disember 2018 sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada pelanggan-pelanggan GMB pada Disember 2016,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui pelaksanaan mekanisme GCPT, Kerajaan turut memutuskan supaya surcaj sebanyak RM0.77/mmBtu daripada tarif asas dilaksanakan kepada kesemua kategori tarif pelanggan GMB berikutan perubahan harga sebenar gas asli berasaskan LNG yang melebihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.