Ganjaran Beraksi Di Perlawanan Akhir Menanti Croatia & England

Posted on 8 views
Satu lagi separuh akhir Piala Dunia 2018 bakal berlangsung dengan Croatia akan bertemu England untuk merebut tempat ke perlawanan akhir bertemu Perancis.

Perlawanan ini pastinya berlangsung dengan menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk mara buat ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam satu tempoh yang lama.

Keletihan

Isu utama yang menjadi masalah kepada pasukan Croatia ketika ini adalah isu keletihan.

Bermain sehingga penentuan sepakan penalti sebanyak 2 kali di pusingan 16 pasukan terakhir dan juga suku akhir menentang Denmark dan juga Rusia, sedikit sebanyak mengganggu rentak Croatia.

SOCHI, RUSSIA – JULY 07: Luka Modric of Croatia and Daler Kuziaev of Russia compete for the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Russia and Croatia at Fisht Stadium on July 7, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Dengan masa rehat yang kurang mencukupi, pastinya mereka tidak mahu perlawanan ini dibawa sekali lagi ke penentuan sepakan penalti untuk mencari pemenang.

Sementara bagi England, mereka tidak punya masalah untuk turun dengan skuad penuh mereka.

Gareth Southgate telah pun mengesahkan kesemuanya pemain boleh digunakan walaupun pada mulanya Jordan Henderson dikatakan tidak akan turun kerana cedera.

Jesse Lingard (kanan) (Photo by Sefa Karacan/Anadolu Agency/Getty Images)

Pemain tumpuan

Pemain tumpuan pada malam ini akan dilihat pada diri seorang Luka Modric.

Beliau merupakan kapten Croatia dan terbukti, beliau adalah pemain yang cukup penting buat negaranya.

SOCHI, RUSSIA – JULY 07: Luka Modric of Croatia celebrates following his sides victory in the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Russia and Croatia at Fisht Stadium on July 7, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Setakat ini beliau telah menjaringkan beberapa gol di kejohanan ini, jadi nilai kreatif serta kebolehan menjaringkan gol pada perlawanan ini dari beliau pastinya menjadi taruhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.