[GAMBAR] Hilang Hampir 20 KG, Ini Foto Terkini Ako Mustapha

Posted on 7 views
Wow! Hebatnya pelakon, Ako Mustapha berjaya menurunkan hampir 20 KG dalam masa dua tahun.

kalau melihatkan foto-foto terkini Ako di lnstagram, jelas kelihatan susuk tubunya yang kurus itu.

Sementara itu, memetik Astro Gempak, Ako mengatakan bahawa isterinya, Kartina Abdullah adalah sebab utama perubahan bentuk fizikalnya itu.

“Sebelum ini berat saya adalah 90 kilogram dan saya berjaya kurangkan sebanyak 20 kilogram hasil semangat yang diberikan oleh isteri.

“Perubahan berat saya bukan menurun secara mendadak sebaliknya mengambil masa selama 2 tahun.

“Ini semua merupakan hasil ketegasan isteri saya yang mahu saya mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan setiap hari.

“Dia akan memaksa saya untuk bersenam dan pantau apa sahaja yang dimakan oleh saya,” katanya.

Oh wow! Nampaknya hasil usaha dia dan isteri berbaloi apabila Ako kini mendapat tubuh badan ideal dan kelihatan sihat.

Apa-apapun, MH yakin selepas ini mungkin ada para isteri yang menjadikan pasangan itu sebagai idola dan jaga pemakanan suami mereka.

Foto: Instagram Ako Mustapha

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.