FIFA Denda FA England, Terus Disiasat Behubung Sikap Penyokong

Posted on 6 views
FIFA mengesahkan sedang menyiasat nyanyian (chanting) oleh penyokong England di Rusia yang dikatakan mempunyai unsur diskriminasi.

Salah satu chanting tersebut ialah ‘No Surrender’ yang kedengaran di semua perlawanan membabitkan The Three Lions di Rusia.

‘No Surrender’ adalah sebuah lagu yang mempunyai unsur-unsur anti kepada kumpulan Irish Republican Army (IRA).

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Kami boleh mengesahkan bahawa terdapat laporan dihantarkan kepada kami mengenai nyanyian oleh penyokong England yang mempunyai unsur diskriminasi,” ujar FIFA dalam satu kenyataan.

“Siasatan sedang dilakukan terhadap The Football Association (The FA),” tambah kenyataan itu lagi.

England tewas 2-1 kepada Croatia di masa tambahan di perlawanan separuh akhir. Kekalahan tersebut turut memusnahkan impian England untuk ke perlawanan akhir Piala Dunia sejak 1966.

Anak buah Gareth Southgate akan menentang Belgium esok di St. Petersburg untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Dalam perkembangan lain, The FA turut didenda sebanyak £50,000 kerana Dele Alli, Eric Dier dan Raheem Sterling menggunakan stoking yang tidak dibenarkan menurut peraturan komersil pertandingan.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 11: Ashley Young of England is seen at full time during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between England and Croatia at Luzhniki Stadium on July 11, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Tiga pemain tersebut menggunakan stoking jenama lain untuk tujuan melindungi buku lali, tetapi bukan jenama dari Nike seperti yang sepatutnya digunakan oleh keseluruhan skuad England.

FIFA dikatakan telah memberikan peringatan kepada pasukan England sebelum itu.

Tindakan tiga pemain tersebut bagaimanapun jelas telah melanggar ‘peraturan pemasaran, komersil dan media’ yang ditetapkan oleh FIFA.

Dalam perkembangan lain, FIFA turut mengesahkan kejohanan Piala Dunia 2018 setakat ini bebas daripada sebarang unsur penyalahgunaan dadah.

2037 ujian diadakan sejak Januari membabitkan semua pasukan bertanding sehinggalah perlawanan separuh akhir yang lalu, semuanya memberi keputusan negatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.