Fernando Torres Pilih Sagun Tosu Untuk Aksi Di J League

Posted on 4 views
Bekas bintang Liverpool, Chelsea, Atletico Madrid dan penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres akhirnya menoktahkan spekulasi mengenai masa depannya.

Sebentar tadi, penyerang berusia 34 tahun itu disahkan akan menyertai Sagan Tosu di J League. Torres dijangka akan melakukan penampilan pertama bersama Tosu pada lewat bulan ini.

Sebelum disahkan ke Jepun selepas sah meninggalkan Atletico Madrid pada penghujung musim lalu, Torres turut dikaitkan dengan perpindahan ke Australia, dengan Sydney FC dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Alternatif lain untuk Torres ialah untuk ke MLS dengan Chicago Fire turut dikaitkan dengan penyerang itu sejak beberapa bulan lalu.

“Pasukan baru saya ialah Sagan Tosu di Jepun,” ujar Torres di Madrid.

“Kami telah menandatangani kontrak semalam. Tosu adalah antara kelab pertama yang menunjukkan minat, dan saya menghargai cara mereka meyakinkan saya,” tambah Torres yang menjaringkan 65 gol daripada 102 penampilan bersama Liverpool.

Torres turut mengesahkan dirinya akan berada di Jepun pada minggu hadapan untuk bersama rakan sepasukan barunya.

“Saya harap akan tampil buat kali pertama di tempat baru pada 21 Julai, dan akan berada di sana untuk banyak tahun. Dan ianya turut bergantung kepada prestasi saya,” tambah Torres lagi.

Presiden Sagan Tosu, Minoru Takehara dilihat menyerahkan jersi kepada dengan jersi No.9 yang akan digunakan oleh Torres di Madrid.

Torres juga adalah anggota skuad Sepanyol yang muncul juara dunia pada 2010, dan juga juara eropah pada 2008.

Di peringkat antarbangsa, Torres menjaringkan 38 gol dalam 110 penampilan untuk skuad La Roja.

 

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.