‘Feel Disgusted and Cheated’ – Ini Respon Chef Wan Isu Rampasan Polis Di Kondominium Mewah

Posted on 17 views
Rampasan mengejutkan pihak polis awal pagi tadi nyata mengejutkan rakyat Malaysia

Kalau melihat pada jumlah rampasan tersebut yang terdiri daripada beg tangan mewah, wang tunai dan juga beberapa barangan mewah memang sangat mengejutkan.

Dalam pada itu, MH turut difahamkan bahawa rampasan barangan tersebut dipercayai milik bekas pemimpin negara!

Berikutan itu, Chef Selebriti Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan meluahkan rasa amarahnya menerusi laman Instagram miliknya.

“So disgusted and felt cheated watching all this lorry of stuff that being taken out of ‘Najib’ home.

“Pagi ini all that millions of cash to gold bars and watches became the hot topic of every citizen in this country.

“Itu belum lagi dari menteri-menteri yang lain yang ketika ini mesti panas hidup mereka anak beranak!” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia turut mengkritik penyokong-penyokong pemimpin tersebut yang masih memberikan sokongan sedangkan bukti sudah nyata di depan mata.

“Sibuk penyokong-penyokong, penyangak-penyangak ini living in denial konon tak baik buat mcm ni masa bulan ramadan dan jgnlah aibkan mereka etc.

“Eh! nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu kan dan menguna diplomasi dan sebagainya?

“Its shocking to see so many cowards in this country patut la mereka-mereka ini di tipu hidup -hidup sampai sanggup nak gadai kan negara ini?

“Mereka ini tak faham ke yang segala yg kita perjuangkan ini untuk siapa? Jika tidak masa depan generasi kita di akan datang?”tulisnya lagi

Sementara itu, Chef Wan turut berkongsi sejarah apa terjadi kepada pemimpin dahulu yang dikatakan menzalimi rakyat.

“Bila melihat kejadian ini teringat kan kisah the French Revolution berzaman dahulu di mana Queen Marie Antoinette itu sampai di pengal kan kepala nya akibat rakyat jelata dizaliminya.

“What about regime Marcos, Gadaffi, Mubarak, Saddam dan banyak lagi.How can we even put up with all this corrupt leaders yg di akhirnya menjerut leher mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.