FATWA ATAU AUTA YANG BERUBAH??? ~ SEMUT HITAM

Posted on 4 views
Bila Golongan MUNAFIK Berkata – Kata.

Nampak gayanya, semua kata – kata hinaan yang dilemparkan oleh Rejim Pakatan Baru terhadap kepimpinan Kerajaan sebelum ini mula memakan diri mereka sendiri satu persatu.

Rakyat ketika ini sedang melihat permainan Politik Munafik yang dilaksanakan oleh Rejim Pakatan apabila satu persatu hinaan itu seolah – olah terkena pada batang hidung mereka sendiri.

Jika dulu, Rejim Pakatan itu mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ini sebagai satu bentuk Rasuah terbuka dan menjatuhkan hukum HARAM bagi sesiapa yang menerimanya.

Mereka mendakwa tindakan Kerajaan sebelum ini memberikan BR1M hanya semata – mata untuk memancing undi sedangkan realitinya semua tahu bahawa tidak semua yang terima BR1M undi Barisan Nasional.

Bantuan Rakyat 1Malaysia ni dah mula diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13. Dan keputusan pada ketika itu, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih tidak dapat dikuasai oleh BN.

Dalam erti kata lainnya, dakwaan mengatakan bahawa Bantuan itu diberikan untuk memancing undi adalah tidak benar. Ianya hanya sekadar propaganda Politik Sempit Pakatan semata – mata.

Tapi sekarang, mereka tetap mengekalkan pemberian Bantuan tersebut dengan alasan kononnya ianya diperlukan oleh golongan yang memerlukan. Tinggal lagi, sekarang Rejim Pakatan Haprak tu tak sebut ianya sebagai Rasuah.

Sebaliknya, fatwa berkaitan dengan pemberian bantuan tersebut sudah di-HALAL-kan oleh Rejim Pakatan walaupun sebelum ini mereka sendiri melabelkan pemberian itu sebagai amalan “Cash Is King”. Sekarang, siapa King yang suka MENIPU RAKYAT???

Source : Semut Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.