FAM Tunggu Laporan Rasmi Sebelum Ambil Tindakan

Posted on 2 views
Semalam skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) mencipta sejarah apabila melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan AFF B-19 kali kedua berturut-turut setelah menewaskan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti.

Namun begitu, kejayaan itu dicemari dengan insiden keganasan oleh penyokong Indonesia yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan melemparkan botol dan batu ke arah pemain dan barisan jurulatih Malaysia.

Mengulas mengenai insiden itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak mahu keganasan  itu berulang kembali apabila anak buah Bojan Hodak turun beraksi di final menentang Myanmar esok.

“Saya telah menghubungi Naib Presiden FAM, Dato’ Ab Ghani Hassan selaku pengurus pasukan B-19 kebangsaan dan juga pegawai-pegawai pasukan kita di Surabaya, Indonesia bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden yang berlaku selepas perlawanan separuh akhir.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah para pemain B-19 kebangsaan selepas perlawanan iaitu ketika mereka hendak masuk ke terowong menuju ke bilik persalinan.

“Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan pasukan B-19 kebangsaan keluar lewat hampir sejam untuk pulang ke hotel penginapan.

“Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya juga dikawal oleh pihak berkuasa dan tiada sebarang kecederaan dialami oleh para pemain dan pegawai pasukan B-19 kebangsaan,” katanya seperti dipetik dalam laman web rasmi FAM.

Pihak Indonesia bagaimanapun memberi jaminan keselamatan terhadap skuad bawah 19 tahun negara setelah beliau menghubungi Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

“Susulan insiden itu, saya telah menghubungi Ketua Umum PSSI, Joko Driyono dan beliau telah berjanji akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan pasukan B-19 kebangsaan ketika menjalani latihan pada hari ini dan juga ketika di hotel penginapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.