Episod Akhir Drama Nur Hari Ini, Betul Ke Ustaz Adam Akan Ceraikan Nur?

Posted on 3 views
Sudah lama kita tidak menonton drama berkualiti dengan penuh mesej yang bermakna seperti Nur, setelah mendapat sambutan yang luar biasa, akhirnya hari ini adalah episod terakhir drama tersebut.

Sepanjang ditayangkan, drama ini mendapat pujian yang positif kerana plot dan karakter yang cukup menarik. Contohnya watak Nur sendiri dimana dia seorang yang berminat dan ingin mendalami agama tetapi dalam masa yang sama masih terkurung di dalam sangkar dunia pelacuran.

Bukan itu sahaja, ia turut menyelitkan unsur-unsur dakwah selain menunjukkan realiti bahawa wujudnya orang-orang munafik seperti Ustaz Syed Hamadi. Betapa manusia ini boleh menjadi sangat hipokrit disebalik imej alim mereka.

Kisah cinta Ustaz Adam dan Nur yang ditimpa pelbagai ujian daripada keluarga dan juga pandangan negatif masyarakat berkaitan perkahwinan mereka yang berbeza darjat juga adalah tarikan utama drama tersebut, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta Ustaz Adam dan Nur.

Benarkah Ustaz Adam akan ceraikan Nur dan membuat keputusan berkahwin dengan Deeja? Ataupun apa yang berlaku daripada episod pertama hanyalah mimpi Ustaz Adam sahaja?  Sama-sama kita nantikan. Kongsikan pendapat ataupun ramalan anda untuk episod akhir Nur malam ini di bawah.

TAGS: aamyra rosli, drama nur, drama nur akhir, drama nur episod, drama nur minggu akhir, episod 19 drama nur, episod akhir drama nur, nur sup bunjut, samarinda nur, shahrulezad mohameddin, sihir sup bunjut nur, sinopsis drama nur, sup bunjut, sup bunjut nur sihir, syafiq kyle, syafiq kyle drama nur, tonton episod akhir drama nur

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.