EA Sports Sahkan Siri The Journey Akan Berakhir Di FIFA 19

Posted on 1 views
Kini, berakhirlah sebuah kisah.

Sejak dari siri FIFA 17, EA Sports telah membangunkan siri berkisarkan perjalanan cerita atau story mode yang dikenali sebagai The Journey.

The Journey mengisahkan perjalanan pemain muda iaitu Alex Hunter yang cuba mengejar impiannya sebagai pemain bola sepak.

Siri tersebut mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan kerana siri seumpama begitu merupakan pertama kali diperkenalkan dalam permainan video bola sepak.

Namun selepas diperkenalkan dalam 2 siri terdahulu, akhirnya siri The Journey bakal menemui episod terakhir.

Hal ini demikian, pihak EA Sports telah mengesahkan siri tersebut bakal menemui episod terakhirnya dalam siri FIFA 19 yang akan dikeluarkan pada September ini.

Perkara ini telah disahkan oleh pihak EA Sports dalam satu ekspo permainan video yang diberi nama EA Play.

“Itu sahaja yang kami boleh dedahkan buat masa ini di sini (EA Play). Ia akan menjadi penamat kepada siri trilogi ini.”

“Kami memang merancang untuk menjadikan siri The Journey ini sebagai satu siri trilogi kerana kami ingin tunjukkan pelbagai tahap mengenai bola sepak di dalamnya.”

Episod terakhir The Journey pastinya menjadi menarik kerana pihak EA Sports memberi gambaran episod tersebut berkisarkan perjalanan Hunter dalam memburu kejuaraan Eropah.

Hal ini ditambah dengan hadirnya lesen UEFA Champions League dalam siri FIFA, ianya akan menjadikan mod ini lebih menarik!

“Siri The Journey merupakan siri yang cukup berjaya buat kami. Jadi ia adalah baik sekali jika untuk siri seterusnya kami jadikan UEFA Champions League sebagai fokus utama dalam mod ini.”

Siri The Journey di FIFA 17 mengisahkan perjalanan awal Hunter dalam karier bola sepak sementara di FIFA 18 menyaksikan beliau menjelajah dunia dengan beraksi di Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.