Doktor Ini Kongsikan Cara Merawat Dan Buang Batu Karang Dalam Hempedu Secara Semulajadi Tanpa Pembedahan. Hasilnya Menakjubkan!

Posted on 4 views

Petua Rawat Batu Dalam Hempedu (gallstone flush) Tanpa Pembedahan

Cara 1: Express 1 hari

1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.

2. Esok pagi sarapan – minum jus 3 biji epal hijau (granny smith). Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.

3. Makan tengahari – minum jus 3 biji epal hijau.

4. Makan malam – minum jus 3 biji epal hijau.

5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.

6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.

7. Langsung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.

Cara 2: Proses 6 Hari

1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.

2. Pada hari ke 6: Lepas sahur mula puasa.

3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.

#6 pm: minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.

#8 pm: ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)

#10 pm: Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml). Minum sampai habis. Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.

Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.

Tujuan Penggunaan

1. limau adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.