Doktor Ini Kongsikan Cara Merawat Dan Buang Batu Karang Dalam Hempedu Secara Semulajadi Tanpa Pembedahan. Hasilnya Menakjubkan!

Posted on 4 views
Satu petua yang amat berguna telah dikongsikan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Hamid Arshat yang menerangkan bagaimana untuk merawat batu karang dalam kilang hempedu (Gall Bladder Stones) yang kini dicari oleh ramai pesakit batu karang agar dapat disembuhkan.

Berikutnya adalah petua yang dikongsikan dan sekiranya anda ingin penyakit anda bertambah baik, anda harus mengikut petua ini dengan betul agar hasilnya nanti paling berkesan, mujarab dan memuaskan hati.

Petua Merawat Batu Karang

Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

Hari keenam jangan makan malam (dinner)

Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), garam ini boleh dibeli di farmasi.

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.

Pukul 10 malam. Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh (perah 3 biji lemon).

Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.

Insya Allah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang yang akan keluar.

Pengalaman Pesakit Batu Karang

Saya nak kongsi pengalaman kena penyakit batu hempedu pada tahun 2010. Antara tanda-tanda awal dan punca penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan.

Pada suatu hari tiba-tiba terasa sakit yang teramat pada pinggang hingga saya berguling-guling, terasa pinggang macam dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah pun ada dan demam secara tiba-tiba .

Saya terus ke KPJ Kajang dan doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Doktor sarankan jalani pembedahan untuk membuang hempedu. Tapi saya tak puas hati.

Doktor tu ada juga sarankan minum jus epal banyak-banyak. Di rumah saya google sendiri cari alternatif. Cari punya cari jumpa satu petua yang agak boleh pakai dan saya amalkan sampai sekarang. Petua ini telah selamatkan hempedu saya dari dibuang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.