Do Dong Hyun Kecewa Dengan Sikap Tidak Professional Jurulatih Kelantan

Posted on 5 views
Pemain import Kelantan dari Korea Selatan, Do Dong Hyun meluahkan rasa kecewa dengan tindakan jurulatih pasukan itu, Fajr Ibrahim yang tidak membenarkannya berlatih bersama pasukan itu dan menganggap sebagai tidak professional.

Dong Hyun yang masih mempunyai kontrak sehingga hujung musim ini berkata kepada Berita Harian, masih belum ada sebarang pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengenai kedudukannya.

“Setakat ini tidak ada sebarang pengesahan. Saya masih pemain Kelantan. Ia keputusan yang benar-benar tidak profesional daripada seorang jurulatih.

“Saya dapat membaca fikirannya mengenai apa yang cuba dilakukannya, tetapi saya tidak akan mengikut apa yang dia mahu,” katanya yang mengakui dia mendapat arahan Fajr agar tidak menyertai latihan bersama pasukan.

Kelantan

Kelantan mempertaruhkan barisan pemain muda.

Menurut laporan daripada media tempatan, Dong-hyun bersama beberapa orang pemain seperti Badhri Radhi, Morgaro Gomis, dan Amiridzwan Taj Tajuddin diarahkan menjalani latihan secara berasingan pada sebelah pagi berbanding pasukan Kelantan yang berlatih pada sebelah petang.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan dalam satu kenyataan mengesahkan Dong-hyun bersama dua lagi pemain import, Mohamed Ghaddar dan Gomis tidak lagi berada dalam pasukan yang dibentuk semula oleh Fajr.

Fajr Ibrahim mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan. FOTO: KAFA

Malah, Bibi turut membuka tawaran kepada pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat ketiga-tiga pemain itu bersama beberapa pemain tempatan seperti Badhri, Amiridzwan dan S Veenod.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.