Delph Dedahkan Senaman Tai Chi Bantu Beliau Peroleh Prestasi Terbaik Selepas Cedera

Posted on 3 views
Selain daripada menanggung kekalahan, mengalami kecederaan merupakan satu perkara yang cukup ditakuti oleh para pemain.

Hal ini kerana, ia pastinya akan mengubah prestasi seseorang pemain malah melunturkan mental pemain terutama jika mereka mengalami kecederaan panjang.

Situasi ini turut dialami oleh pemain Manchester City iaitu Fabian Delph.

Beliau mengalami masalah kecederaan yang cukup serius dan hampir saja disisihkan secara keseluruhan dari skuad Pep Guardiola.

Namun begitu, beliau berjaya mengatasi masalah tersebut dan bangkit menjadi pemain yang lebih baik.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Delph mendedahkan beliau menggunakan senaman Tai Chi untuk memperbaiki mental beliau selepas menghadapi pelbagai episod kecederaan.

“Saya mengalami pelbagai kecederaan dalam karier saya. Pada waktu itu saya sudah mula dengar cakap-cakap orang mengatakan karier saya kini sudah berakhir.”

“Tersisih dari skuad dan mengalami kecederaan yang teruk nyata memberi kesan buruk kepada mental saya.”

“Untuk atasi masalah ini, saya mula melakukan senaman yang menenangkan seperti Tai Chi untuk memulihkan tahap mental saya.”

“Selain itu juga, saya mengamalkan diet sayur untuk memberikan kekuatan kepada diri saya semula.”

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 07: Fabian Delph of Manchester City runs with the ball under pressure from Nemanja Matic of Manchester United and Romelu Lukaku of Manchester United during the Premier League match between Manchester City and Manchester United at Etihad Stadium on April 7, 2018 in Manchester, England. (Photo by Manchester City FC/Man City via Getty Images)

Delph juga mendedahkan yang beliau mengambil langkah dengan mengkaji kecederaan yang dialami beliau mengenal pasti kelemahan yang terdapat di badan beliau.

Hasil dari kerja keras ini telah membuatkan Delph sebagai antara pemain penting Manchester City pada musim ini walaupun hanya melakukan 29 penampilan sahaja.

Malah, beliau juga berjaya menyertai skuad England di Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.