David Beckham-Victoria, Kini Hadapi Gosip Di Ambang Cerai

Posted on 4 views
Tiada angin tiada ribut, pasangan popular dunia David Beckham dan isterinya, Victoria kini sedang berdepan dengan gosip mengatakan mereka bakal bercerai dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, baik daripada kedua-dua pihak, masih tiada kenyataan rasmi berhubung khabar angin berkenaan.

Cuma wakil keduanya ada memberitahu pad Jumaat (waktu tempatan), tiada isu yang perlu diperkatakan mengenai hal tersebut, kerana ia tidak benar.

“Tidak ada pernyataan tentang perceraian. Ini hanyalah berita media sosial palsu. Semua ini sangat aneh dan memalukan di saat mereka masih bersama,” katanya.

Bagai tidak ada apa yang berlaku, pasangan ini dilihat seperti biasa memuat naik gambar bersama menerusi laman Instagram masing-masing. Misalnya beberapa hari lalu, mereka telah pun menghadiri pertunjukkan fesyen Kent & Curwen Spring/Summer 2019 di London.

Namun difahamkan, mereka tiba di majlis berkenaan secara berasingan.

Gosip mengenai keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti ini bukanlah kali pertama.

Terdahulu, David dan ahli kumpulan Spice Girls itu mendirikan rumah tangga beberapa tahun selepas berkenalan dan sehingga kini, pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan empat cahaya mata.

Foto: Instagram Victoria Beckham

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.