Dari Pelarian Perang Balkan, Kini Kapten Harapan Croatia

Posted on 4 views
Pada September 2012, sepasukan krew televisyen dari Sepanyol berkunjung ke kawasan pantai di Croatia. Kunjungan mereka ialah untuk melakukan rakaman dokumentari mengenai asal-usul Luka Modric.

Krew rakaman tersebut sempat menemubual bekas jurulatih, dan rakan sepasukan Modric di NK Zadar, kelab di mana Modric beraksi di usia remajanya. Begitu juga dengan rakan-rakan sekampung dan beberapa ahli keluarga.

Ayah kandung kepada Modric yang juga merupakan seorang askar, enggan ditemuramah walaupun mengizinkan kisah anaknya itu mendapat liputan pihak penerbit.

(Photo by Gokhan Balci/Anadolu Agency/Getty Images)

Hasilnya, sebuah dokumentari yang menarik telah dihasilkan. Tetapi siapa yang dapat menduga bagaimana perjalanan seorang anak pelarian Balkan, kini adalah kapten pasukan negaranya yang memburu gemilang di pentas tertinggi dunia.

Kampung halaman

Terletak kira-kira 60km dari sebuah pekan yang dikenali sebagai Zadar, kelihatan sebuah bangunan tinggal yang sebenarnya merupakan sebuah kompleks.

Satu masa dahulu, kompleks yang seharusnya menjadi tapak jualan pelbagai jenis hasil industri berkenaan didirikan untuk menarik pelabur dari luar, sekaligus merancakkan ekonomi kawasan luar bandar tersebut.

Malang sekali tujuan tersebut tidak pernah kesampaian, kerana pembinaan kompleks tersebut tidak pernah siap.

Dokumen pengenalan Luka Modric zaman kanak-kanak.

Bersebelahan dengan kompleks tersebut ialah sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Modrici (kata majmuk bagi Modric).

Di kampung itulah asal usul dan salasilah keluarga pemain tengah Real Madrid itu berasal.

Kemudian dari kampung tersebut, ialah sebuah jalan sempit yang menuju ke kawasan pergunungan Velebit. Ia adalah satu-satunya laluan yang menghubungkan utara dan selatan Croatia sebelum ianya dibina kembali beberapa dekad yang lalu.

Di pinggiran jalan tersebutlah, terletak rumah di mana zaman kanak-kanak Modric bermula. Di sinilah juga tempat datuk kepada Modric, yang kemudian namanya turut diturunkan kepada Modric menetap satu ketika dahulu.

Tragedi perang

Lebih dua dekad yang lalu, sepanjang kawasan kompleks, dan laluan menuju ke kawasan pergunungan Velebit ini adalah tapak peperangan. Kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.