‘Dah kerap terlanjur’ – Suami orang dan janda anak 4 ditahan di dalam bilik sewa

Posted on 10 views

Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuat serbuan di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu, selepas menerima maklumat awam dan berjaya menahan lelaki berstatus suami orang bersama dengan janda anak empat, lapor Harian Metro.

'Dah kerap terlanjur' - Suami orang dan janda anak 4 ditahan di dalam bilik sewa
‘Dah kerap terlanjur’ – Suami orang dan janda anak 4 ditahan di dalam bilik sewa

Serbuan yang dilakukan pada Rabu lalu itu dibuat selepas JHEAT menerima maklumat awam yang mengatakan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa. Ketika anggota penguat kuasa tiba di lokasi, pintu utama dibuka oleh seorang perempuan yang hanya bertuala dan pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar jeans dan tidak berbaju.

ARTIKEL MENARIK: ‘Sumpah saya tak halalkan, buat saya lebih benci kepada politik’ – Gadis kesal gambar disalahgunakan untuk tujuan politik


Siasatan awal JHEAT mendapati, lelaki berusia 40 tahun dan janda berusia 46 tahun itu pernah ditahan di atas kesalahan yang sama pada bulan Mac.”Siasatan mendapati mereka pernah dicekup sebulan lalu kerana melakukan kesalahan sama. Malah lelaki yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa datang ke bilik sewa janda anak empat itu selepas dihubungi kekasihnya,” kata sumber Harian Metro


Difahamkan, lelaki berstatus suami orang itu mengaku kerap berjumpa dengan janda berkenaan hanya semata-mata mahu memuaskan nafsu selain mendakwa mereka sudah kerap terlanjur.
1.png

Gambar sekadar hiasan sahaja

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, kedua-duanya diikat jamin oleh anak masing-masing sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu. Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, mengesahkan tangkapan pasangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

via The Reporter

—————————————————————–

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.