Cristiano Ronaldo Percaya Mohamed Salah Mampu Cabar Gelaran Ballon d’Or

Posted on 3 views
Bagi penyokong Liverpool khasnya dan pengikut Premier League amnya, pastinya prestasi Mohamed Salah menjadi tumpuan semua.

Aksi luar biasa beliau di musim pertama bersama Liverpool telah mencuri perhatian ramai pihak.

Malah tidak keterlaluan untuk sesetengah pihak untuk mencalonkan beliau, kalau bukan pemenang tetapi sebagai calon 3 terakhir untuk anugerah Ballon d’Or.

Perkara itu turut diakui oleh bintang Real Madrid – Cristiano Ronaldo.

Menurut Ronaldo, beliau percaya pemain kebangsaan Mesir itu punya apa yang patut untuk memenangi anugerah tersebut.

“Saya rasa Mohamed Salah merupakan antara pemain yang cukup hebat pada tahun ini.”

“Ramai yang mengatakan perebutan Ballon d’Or adalah hanya melibatkan saya dan Lionel Messi sahaja tetapi ada sahaja pemain lain yang boleh masuk dalam perebutan ini. Salah seorangnya adalah pemain Mesir itu.”

during the UEFA Champions League Final between Real Madrid and Liverpool at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine.

Untuk rekod, sejak 10 edisi yang lalu pemenang Ballon d’Or hanya dimenangi oleh sama ada Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.

Dalam masa yang sama, Ronaldo juga berharap Salah akan sembuh sepenuhnya dengan segera menjelang Piala Dunia 2018.

“Saya berharap kecederaan yang dihadapi beliau semasa di Kiev tidak membuatkan beliau terlepas Piala Dunia.”

during the UEFA Champions League Final between Real Madrid and Liverpool at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine.

Salah menghadapi kecederaan di bahu selepas terjatuh bersama-sama Sergio Ramos ketika perlawanan akhir UEFA Champions League di Kiev tempoh hari.

Dalam perlawanan itu, Salah dikeluarkan seawal separuh masa pertama dan Liverpool tewas 3-1 di tangan Real Madrid.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.