“Cristiano Ronaldo Berpindah Ke Juventus Kerana Lionel Messi”

Posted on 4 views
Cristiano Ronaldo telah pun melengkapkan perpindahan beliau ke Juventus dari Real Madrid.

Bagi peminat Real Madrid dan La Liga, perginya Ronaldo akan menghilangkan seri kepada liga itu secara sedikit sebanyak.

Dan pastinya, seri di perlawanan El Clasico akan hilang sedikit kerana tiada lagi perseteruan antara Ronaldo dan juga Lionel Messi.

Tetapi, apa yang membuatkan Ronaldo terdorong untuk ke Serie A pada usia 33 tahun?

Bagi bekas rakan sepasukan beliau di Manchester United iaitu Ryan Giggs, Ronaldo pergi ke sana kerana Messi.

Mengulas perkara itu di saluran televisyen ITV, Giggs percaya Ronaldo berbuat sedemikian kerana hendak buktikan yang dirinya lebih bagus berbanding Messi.

“Saya amat, amat terkejut melihat berita pemergian beliau dari Real Madrid dan beraksi di Itali.”

“Saya dapat rasakan cabaran besar akan menanti beliau di sana tetapi beliau ke Juventus yang merupakan kelab yang besar di sana.”

Namun, Giggs tetap kagum dengan rekod yang ada pada pemain seperti Ronaldo yang beraksi di pelbagai kelab utama di Eropah.

“Lihatlah rekod beliau, Real Madrid, Juventus dan juga Manchester United. Itu satu rekod yang hebat.”

“Pastinya beliau akan dapat cabaran yang hebat di usia 33 tahun.”

“Beliau cukup obses untuk menjadi lebih bagus berbanding Messi.”

“Beliau telah berjaya melakukannya di Sepanyol, di England dan kini di Itali. Beliau juga akan telah melakukannya bersama Portugal. Jadi inilah hujah yang beliau akan pakai bila beliau fikir beliau lebih bagus berbanding Messi.”

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.