Conte Ucap Selamat Tinggal Kepada Chelsea Selepas 2 Musim

Posted on 3 views
Tiada sebarang pengumuman rasmi dari Chelsea FC setakat ini. Tetapi ia semakin jelas bahawa Antonio Conte dan kebanyakkan staff kejurulatihan yang tiba bersama pengendali dari Itali itu telah dipecat daripada tugas masing-masing.

Telegraph melaporkan Chelsea telah memecat Conte dan hampir semua staff kejurulatihan selepas sesi pagi latihan di Cobham semalam.

Bekas pengendali Napoli, Maurizio Sarri dilaporkan akan mengambil alih peranan Conte dalam masa terdekat.

Pemecatan Conte oleh pihak pengurusan tertinggi di Chelsea sememangnya bola dijangka. Namun bila dan bagaimana sering menjadi tanda tanya kebanyakkan pemerhati bola sepak dan media.

Walaupun tiada sebarang kenyataan daripada Chelsea dan Conte sendiri setakat ini, ucapan selamat tinggal sudah pun dimuat naik oleh pemain tengah Cesc Fabregas, dan bekas kapten Chelsea, John Terry di media sosial masing-masing.

Laporan dari Itali bagaimanapun memberitahu Conte tidak senang dengan cara pemecatannya dikendalikan oleh kelab London tersebut.

Conte berpendapat beliau sepatutnya dimaklumkan dengan cara yang lebih baik, apatah selepas membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA dalam tempoh dua musim di Stamford Bridge.

Sebaliknya, Conte dibiarkan seperti bergantung tidak bertali oleh pihak pengurusan The Blues, sebelum bekas pengendali skuad kebangsaan Itali itu kembali ke kelab tersebut pada Isnin lalu untuk memulakan latihan pra musim.

Selepas selesai latihan sesi pagi semalam, pemain-pemain diberitahu tidak akan ada latihan sesi di sebelah petang oleh pihak pengurusan, dan ia adalah tanda kepada pengakhiran tempoh Conte bersama Chelsea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.