by

Chacha Masih Fobia Memandu Sendiri

Chacha Masih Fobia Memandu Sendiri – Hallo sahabat Sekitar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Chacha Masih Fobia Memandu Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita Viral, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel Menarik, Artikel News, Artikel Terkini, Artikel Unik, Artikel Video, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.Judul : Chacha Masih Fobia Memandu Sendiri
link : Chacha Masih Fobia Memandu Sendiri

Baca juga

Chacha Masih Fobia Memandu Sendiri

Pelakon Chacha Maembong, 21, mengakui sehingga kini dia masih lagi belum berani untuk memandu sendiri selepas pernah mengalami kemalangan jalan raya pada awal tahun lalu.

Menurut adik kepada pelakon Emma Maembong ini, dia menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau bantuan dari rakan-rakan sekiranya memerlukan kenderan untuk ke mana-mana.

“Syukur kerana saya masih bernyawa sehingga ke hari ini. Walaupun bukan salah sendiri tetapi saya mengaku ketika kejadian berlaku membuatkan saya berfikir-fikir macam soal hidup dan mati.

“Disebabkan kemalangan itu juga, sampai sekarang saya masih tidak berani memandu, sebaliknya bergantung pada rakan-rakan atau perkhidmatan kereta sewa,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Mengenai perkembangan seni, Chacha akan sibuk dengan penggambaran filem berjudul Garang terbitan sebuah produksi dari India. Selain itu, ada beberapa projek lain terbitan RTM iaitu Geng Tadarus dan Bintang Radio.

Dalam pada itu Chacha berkata dia bersyukur kerana selama tujuh tahun membina nama dalam industri, dia kini sudah tidak lagi dibayangi populariti Emma.

“Kalau dahulu tidak dinafikan bahawa orang kenal saya kerana kakak dan sejujurnya tidak pernah terasa dengan perkara itu.

“Pada waktu itu mungkin adalah tempoh untuk saya baru membina nama.

Sekarang saya percaya peminat sudah bijak menilai bakat seseorang pelakon dan mereka tidak bosan dengan serta dapat menerima kehadiran saya dalam industri,” katanya.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed