Bukan setakat tol motosikal, HARAPAN akan mansuh semua tol Jambatan P. Pinang

Posted on 15 views
Janji Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang jika Barisan Nasional menang, dilihat sebagai janji tidak laku bagi penduduk negeri itu.

Menyambut ucapan Najib itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, bukan setakat tol motosikal, bahkan seluruh tol jambatan terbabit akan dimansuhkan apabila HARAPAN mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Undi BN, hanya tol motorsikal Jambatan Pulau Pinang pertama dimansuhkan.

“Undi HARAPAN, selepas kita mengambilalih Putrajaya, semua tol Jambatan Pulau Pinang pertama akan dimansuhkan,” ujar Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang itu di laman Facebook.

Manifesto HARAPAN menjanjikan pemansuhan tol secara berperingkat.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP negeri, Steven Sim, janji untuk menghapuskan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang sudah pernah dijanjikan oleh UMNO-BN dalam pilihanraya sebelum ini.

“Perkara seperti tol Jambatan Pulau Pinang semuanya berapa di bawah bidang kuasa kerajaan pusat,” jelas beliau.

“Walaupun BN kalah di Pulau Pinang, BN masih menang di peringkat pusat dalam PRU ke-13.”

Source : WRLT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.