‘Biarlah Tiada Job Di Bulan Ramadan Daripada Buat Dosa’ – Adam Corrie

Posted on 8 views
Akhirnya bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan datang semula menyapa seluruh umat Islam di seluruh dunia bagi menjalani ibadah berpuasa.

Bulan Ramadan yang mulia ini merupakan bulan di mana segala amal kebaikan kita diberi ganjaran berlipat kali ganda.

Bagi pelakon, Adam Corrie sempena bulan mulia ini dia mengambil langkah untuk tidak mengambil sebarang tawaran kerja demi mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadan.

Katanya kepada MH ketika ditemui di sesi rakaman rumah terbuka Akademi Fantasia baru-baru ini, bulan Ramadan merupakan bulan untuk mengumpul ganjaran pahala.

“Bulan Ramadan adalah lubuk pahala dan di bulan mulia inilah waktu untuk kita cedok pahala sebanyak yang mungkin,” katanya.

Tambahnya lagi, sejak beberapa tahun yang lalu dia sudah mengambil langkah untuk tidak menerima sebarang tawaran semasa bulan Ramadan.

“Saya dah mengamalkan perkara ini sejak beberapa tahu yang lalu, memang setiap kali tiba bulan Ramadan saya memang takkan ambil job.

 

“Bukan kerana terpaksa tetapi saya memang tolak kerana bagi saya biarlah tiada job di bulan Ramadan daripada saya buat dosa,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Adam juga turut meluahkan rasa teruja dan berdebar menantikan kehadiran cahaya mata sulungnya yang bakal lahir pada bulan Julai nanti.

“Perasaan saya sekarang ni sebenarnya berdebar-debar, first time nak jadi ayah kan dan saya juga mengharapkan doa daripada orang ramai agar isteri dipermudahkan untuk bersalin nanti.

 

“Saya rasa sangat excited nak raya dan apa yang lagi excited sebab saya akan timang anak lepas raya nanti,” ujarnya lagi.

Pastinya tahun ini merupakan hari raya yang paling bermakna buat dirinya apabila zuriat yang dinanti-nantikan akan lahir selepas hari raya nanti.

MH doakan agar isteri Adam dan kandungannya diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sehingga saat melahirkan nanti.

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.