Benitez Akui Mahu Gabung Semula Dengan Torres Namun Kena Realistik

Posted on 1 views
Fernando Torres sah meninggalkan Atletico Madrid dan beliau kini menjadi pemain ejen bebas dalam pasaran perpindahan.

Torres menjulang UEL 2017/18 pada musim terakhir beliau bersama Atletico Madrid dan sudah pasti membantu kelab itu menamatkan saingan liga di tangga ke-2.

Beberapa kelab sudah dikaitkan dengan Torres termasuk kelab di China dan juga Amerika Syarikat.

Torres mungkin mahu mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan beliau di Sepanyol, David Villa yang mahu menamatkan karier di francais bola sepak lebih popular di Amerika Syarikat ataupun mendapatkan wang yang banyak di China.

Bekas bos beliau, Rafa Benitez menyatakan hasrat mahu bekerjasama semula dengan Fernando Torres di Newcastle United. Tetapi beliau tahu ianya bukan mudah kerana Torres mendapat banyak pilihan lain.

“Ianya sukar untuk membawa Torres ke sini.  Bukan kerana kami tak mahukan beliau tetapi kerana kita tidak tahu apa yang sedang difikirkan dan dirancang beliau.”

Ketika di bawah Benitez di Liverpool, Fernando Torres menjaringkan 81 gol daripada 142 penampilan.

“Dia sangat luar biasa ketika bersama saya di Liverpool.”

Kemudian beliau ke Chelsea, ada sedikit kesukaran tetapi dia membantu kami memenangi UEL ketika saya di sana.”

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Jadi Penyokong Kami atau Beri Sumbangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.