Ben Ali Kongsi Pandangan Berhubung Rampasan Barangan Dipercayai Milik Bekas Pemimpin Negara

Posted on 9 views
Ketika ini, rata-rata netizen tidak putus-putus membincangkan isu melibatkan rampasan barang berharga termasuk wang ringgit yang dipercayai milik bekas pemimpin negara.

Malah, selebriti juga tidak terlepas daripada mengutarakan isu sama. Misalnya pelakon dan bekas finalis Hero Remaja 2011/12, Ali Nadzwan atau lebih sinonim dengan panggilan Ben Ali.

Ben menerusi akaun Instagramnya beberapa jam lalu turut memuat naik beberapa keping foto dan komennya mengenai isu berprofil tinggi itu.

Katanya, dia mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa kerana telah melakukan siasatan teliti dan melakukan rampasan ke atas barangan yang telah dirampas, dipercayai ada kaitan dengan suatu kes melibatkan 1MDB.

“Tahniah pihak polis kerana telah melakukan siasatan yang teliti dan melakukan rampasan ke atas barangan berharga dipercayai ada kaitan dengan kes 1MDB,” tulisnya sambil disusuli butiran mengenai rampasan yang telah dilakukan.

Tulis Ben;

“Sejumlah 284 kotak bag tangan berjenama, 72 bagasi mengandungi wang tunai pelbagai matawang dan barangan bernilai termasuk jam tangan, adalah antara rampasan yang dilakukan dalam operasi penggeledahan di 3 buat unit kondomiminum mewah milik seorang Tan Sri dipercayai rakan bekas pemimpin negara lewat malam tadi.

 

“Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media yang berlangsung sekitar jam 2 pagi di perkarangan kondominium mewah selepas operasi penggeledahan tamat,” kongsinya.

Katanya lagi, menerusi bilangan rampasan tersebut, tidak mustahil anggaran jumlah nilai rampasan boleh mencecah sehingga puluhan juta ringgit.

“Seandainya setiap satu bag tangan tersebut berjumlah tidak kurang daripada RM200,000 , maka anggaran jumlah nilai rampasan untuk bag tangan sahaja berjumlah RM56,800,000.

 

“Itu tidak kira barangan berjenama lain lagi seperti Jam tangan, baju, kasut dan lain lain,” menurut Ben yang mengharapkan tindakan sedemikian mampu memberikan keputusan mengenai isu melibatkan 1MDB.

Pada masa sama, pelakon ini juga menyiftkan kerajaan baru tampak serius di dalam menangani gejala rasuah yang menjadi barah yang akan merebak dengan pantas sekiranya tidak dibanteras dengan cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *