Bekas Penyampai Hot FM Terengganu Meninggal Dunia

Posted on 2 views

Bekas penyampai radio Hot FM Terengganu, Mohd Rafly Rahamat, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Kuantan, Pahang, kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Berita sedih berkenaan turut dikongsi stesen radio terbabit menerusi laman sosial Instagram mereka, kira-kira dua jam lalu.

Bekas penyampai Hot FM Terengganu meninggal

Sementara itu sumber berkata, Allahyarham yang masih bujang mengalami sakit misteri sejak beberapa bulan lalu dan terlantar di rumah selepas dibawa keluar dari sebuah hospital, baru-baru ini.

“Rafly seorang penyampai yang sangat dedikasi sejak dia menyertai keluarga Hot FM pada 2012 dan disenangi ramai. Walau pun kemudian berhijrah ke stesen radio berbeza selepas itu, hubungannya dengan rakan lain dikatakan tidak pernah putus,” katanya.

Personaliti radio itu dimasukkan ke hospital, bulan lalu, selepas keadaannya dikatakan semakin lemah dan hilang selera makan hingga mengakibatkan berat badannya turun mendadak.

Namun, punca penyakit pemuda terbabit tidak dapat dipastikan biarpun sudah menjalani beberapa siri pemeriksaan dan ujian klinikal.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘https://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Source : Sensasi Selebriti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.