by

BATALKAN PROJEK TEROWONG , BINA RUMAH MAMPU MILIK ANTARA MANIFESTO BN PULAU PINANG

Hari  ini pelancaran Manifesto BN P.Pinang ‘ Selamatkan Pulau Pinang ‘  untuk rakyat negeri ini jika diberi mandat semula untuk 5 tahun .

Antara janji manifesto yang dekat dengan rakyat negeri ini ialah membina 65 unit rumah mampu milik , rumah kos rendah   , hapuskan surcaj air , batalkan projek terowong dasar laut , mengatasi kesesakan lalulintas , hentikan projek lereng bukit , mengatas isu banjir  dan lain-lain . 

Ia dilihat mampu menarik undi rakyat negeri kembali semula ke BN setelah memberi 10 tahun kepada DAP yang mana 51 janji gagal ditunaikan 

BUTTERWORTH, 15 April – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang menggariskan enam teras utama bertemakan ‘Selamatkan Pulau Pinang’.

Enam teras yang diberi keutamaan termasuklah penyelesaian masalah banjir dan penggondolan bukit, penyelesaian masalah Perumahan Rakyat, penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pelancongan serta warisan.

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata manifesto ini dirangka dengan mengambil kira pandangan serta maklum balas kesemua parti-parti komponen BN yang bergerak mengumpul maklum balas daripada rakyat.

“Manifesto ini merupakan perjanjian dan perlu dilaksanakan sekiranya BN menang di negeri ini,” katanya dalam ucapan perasmian manifesto di sini hari ini.

Majlis pelancaran manifesto BN negeri yang dilancarkan Teng turut dihadiri barisan kepemimpinan komponen parti tersebut termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Pengerusi MCA negeri Datuk Tan Teik Cheng.

*Manifesto BN Pulau Pinang*
*—SELAMATKAN PULAU PINANG–*

*Antara perkara penting 

1. *Membina* 65,000 unit Rumah Mampu Milik (Dalam Tempoh 5 tahun)

2. *Hapuskan* SURCAJ Air.

3. Bantuan Warga Emas *dinaikkan* kepada RM300 setahun dan dibayar RM150 setiap 6 bulan.

4. *Batalkan* Projek Terowong Dasar Laut antara Bagan Ajam ke Persiaran Gurney.

5. *Memberhentikan* pembangunan di kawasan bukit dan lereng-lereng bukit serta merta bagi kawasan 250 kaki paras laut.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed