Bagaimana Akademi Anderlecht Membantu Dalam Pembinaan Skuad Piala Dunia 2018 Belgium?

Posted on 5 views
Perjalanan Belgium ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 merupakan pencapaian terbaik mereka sejak kali terakhir pasukan dengan nama jolokan The Red Devils ini melakukannya pada Piala Dunia 1986 di Mexico.

Umum mengetahui bahawa barisan pemain Belgium adalah pemain utama di kelab-kelab besar dunia ketika ini seperti Romelu Lukaku, Marouane Fellani (Manchester United), Eden Hazard, Thibaut Courtois (Chelsea), Kevin De Bruyne, Vincent Kompany (Manchester City) dan banyak lagi.

Tetapi tahukah anda, 35% daripada barisan pemain skuad bimbingan Roberto Martinez dalam saingan di Rusia adalah produk keluaran akademi kelab terkemuka Belgium, Anderlecht.

Sumbangan Akademi Anderlecht buat pasukan Belgium

  • Purple Talent Project dan ‘Lukaku effect’

Pengarah akademi, Jean Kindermans menjelaskan bahawa bapa kepada Romelu Lukaku bertanggungjawab merintis kepada kerjasama bersama pihak sekolah.

Idea itu muncul berikutan minat yang ditunjukkan kelab Perancis seperti Lille, RC Lens, AJ Auxerre dan Saint-Etienne yang mahukan khidmat Lukaku ketika beliau berusia 15 tahun.

Kelab-kelab tersebut juga turut menjanjikan penyediaan sekolah, penginapan asrama serta pendidikan bola sepak buat Lukaku.

Beberapa bulan kemudiannya (11 tahun yang lalu), Akademi Anderlecht telah memulakan ‘Purple Talent Project’ dan kini ditukar kepada ‘Purple Talent Programme’.

  • Apa itu Purple Talent Project?

‘Purple Talent Project’ secara ringkasnya berperanan dalam menggabungkan bola sepak dengan akademik pada tahap tertinggi.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengurus Pembangunan Akademi  Anderlecht, Kevin Vermeulen yang turut berkata:

”Kami merasakan semua orang patut mempunyai peluang untuk belajar mengenai apa yang digemari mereka, di tahap yang mereka suka.”

Falsafah yang diterapkan Akademi Anderlecht ini adalah ‘Memenangi bola, mengawal bola, kemajuan, mencipta peluang, sempurnakan peluang dan menang.’

Itulah kitaran yang dipupuk buat para pemain mereka di akademi.

Purple Talent Project juga menumpukan terhadap tiga aspek utama buat para pemain remaja yang meliputi:

1) Kepintaran

Pemain yang dilengkapi dengan kebolehan teknikal tetap diutamakan, namun ia tidak mencukupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.