BAB PERKAHWINAN FATHIA LATIFF TAK MAHU TERBURU BURU

Posted on 1 views

Selepas tiga tahun putus cinta, pelakon popular Nur Fathia Abd Latiff, 31, mengakui tidak melihat perkahwinan adalah jaminan kebahagiaan dalam hidup seseorang.

Menurut pelakon yang menempa nama menerusi drama Ariana Rose ini, dia juga lebih rela bergelar solo dari berpasangan dan akhirnya dikecewakan lagi.

“Bukan saya tidak percaya pada institusi perkahwinan tetapi pengalaman gagal dalam percintaan sebelum ini banyak mengajar dan mematangkan diri ini.

“Biarlah saya hidup sendirian dulu sehinggalah bertemu dengan lelaki yang tepat untuk dijadikan kekasih dan calon suami,” katanya.

Pada masa sama, kata Fathia, dia juga tidak terdesak untuk mencari pengganti dalam tempoh terdekat ini.

“Jika dulu, saya yang mengejar cinta lelaki tetapi kini tidak lagi.

“Selepas adik perempuan berkahwin, pastinya emak juga mahu melihat saya berumah tangga.

“Saya pula sebaliknya melihat perkahwinan bukan keutamaan buat masa sekarang kerana mahu mengukuhkan nama dalam karier seni,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya dihimpit golongan VIP dan ahli politik ketika ini, Fathia menafikannya.

“Saya bukannya artis baru untuk digosipkan lagi dengan golongan terbabit.

“Mungkin juga lelaki takut nak mendekati kerana saya nampak lebih matang dan serius dengan karier seni berbanding dulu,” katanya.

Source : Viral & Glamour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.