‘Ayah kata kalau aku lawan cakap dia, mesti ayah tengok surat yang aku beri 9 tahun lalu’ ~ Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat

Posted on 2 views

Rasa sebak dan sayu bila membaca luahan seorang anak mengenai kasih sayang yang dicurahkan oleh bapanya sejak dari kecil hinggalah kini. Segalanya bermula apabila berlaku salahfaham di antara dua beranak itu yang menyebabkan mereka tidak bertegur seharian. 

Namun, hati anak mana yang mampu menahan diri dari terus ego dengan bapanya, lalu mengambil keputusan untuk meminta maaf. Sebaik saja ucap maaf dilafazkan, si bapa pula menunjukkan surat yang pernah ditulis oleh anak perempuannya itu 9 tahun lalu. 

DUA hari lepas aku ada bergaduh sikit dengan ayah aku Semalam aku tak bercakap dengan ayah aku. Jadi, hari ini aku nak pergi kelas, aku kuatkan hati salam ayah aku. Aku peluk ayah, minta maaf. Ayah menangis. Tiba-tiba ayah tunjuk surat yang aku pernah tulis dulu semasa dia kena tukar kerja di Temerloh. 

Ayah cakap, kalau aku ada melawan cakap dia, mesti dia tengok surat yang aku tulis itu. Dia kata, dalam banyak-banyak anak dia, aku yang selalu tulis surat untuk dia. Aku yang paling manja dengan dia. Tetapi aku degil tak dengar cakap dia. Ayah siap tulis tarikh lagi bila aku tulis surat ini. 

Masa itu tahun 2009, aku darjah 5. Ayah simpan surat itu sampai sekarang. Masa kecil kalau aku mengadu apa-apa kepada ayah pun selalu tulis surat. Ayah baca, ayah senyum. Aku pergi mana-mana dengan dia, aku jalan sambil pimpin tangan dia. 

Bila dah besar ini, ayah cakap ayah sedih sebab tak ada lagi menerima surat daripada aku. Jalan pun dah jarang pimpin tangan dia. Masa kecik, Ayan banyak cakap dengan ayah. Sekarang dah kurang. Ayah, Ayan tahu ayah rindu semua itu kan? Ayan sayang ayah. 

Lagipun dalam adik beradik, hanya aku seorang yang panggil dia ayah. Yang lain panggil dia Abah. Aku panggil dia ayah sebab masa tadika, kawan-kawan panggil bapak diorang papa, daddy bagai. Aku mengada nak panggil ayah dan tiba-tiba melekat sampai sudah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.