Arab Saudi Pasukan Terendah Ketinggiannya Di Piala Dunia, Panama Skuad Paling Tua

Posted on 0 views
Semuanya pasti teruja dengan Piala Dunia 2018 yang bakal tiba tidak lama lagi bukan?

Pelbagai pengisian telah pun dilakukan oleh pelbagai pihak untuk meraikan kejohanan bola sepak antarabangsa terulung di dunia ini.

Baru-baru ini, terdapat perkongsian di laman Reddit mengenai statistik menarik mengenai 32 pasukan yang bertanding di Piala Dunia 2018.

Statistik tersebut menceritakan mengenai purata umur setiap skuad kebangsaan yang bertanding serta purata ketinggian bagi setiap skuad.

Untuk edisi kali ini, pasukan dari Amerika Utara iaitu Panama merupakan skuad paling tua dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Purata umur skuad mereka adalah 29.4 tahun – paling tua antara semua pasukan bertanding.

Manakala wakil Afrika iaitu Nigeria mencatatkan rekod purata umur paling muda dalam kejohanan kali ini.

Mereka hanya menghantar wakil yang berpurata umur sekitar 24.9 tahun sahaja.

Selain Panama, skuad yang dianggap tua dalam kejohanan ini adalah Iceland dan juga Costa Rica.

Sementara skuad yang dibarisi oleh pemain ternama seperti Jerman dan juga skuad muda England dikenal pasti sebagai antara pasukan termuda di Piala Dunia kali ini.

10th November 2017, Wembley Stadium, London, England; International football friendly, England versus Germany; Goalkeeper Jordan Pickford of England saving a shot by Leroy Sane of Germany (Photo by John Patrick Fletcher/Action Plus via Getty Images)

Dari sudut ketinggian, Serbia merupakan pasukan yang mempunyai ketinggian paling tinggi dalam skuad mereka.

Mereka mempunyai purata ketinggian sekitar 185.6 sentimeter.

Selain Serbia, pasukan seperti Sweden dan juga Denmark merupakan pasukan yang mempunyai ramai pemain tinggi lampai dalam skuad mereka.

Sementara pasukan dari Asia iaitu Arab Saudi merupakan pasukan paling rendah dari sudut ketinggian skuad mereka.

Jaguh Asia itu mempunyai purata ketinggian paling rendah antara 32 pasukan bertanding dengan purata sebanyak 176.2 sentimeter sahaja.

Selain Arab Saudi, satu lagi wakil Asia iaitu Jepun dan wakil Amerika Selatan iaitu Peru merupakan 2 lagi pasukan yang mempunyai purata ketinggian terendah dalam kalangan 32 pasukan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *