Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai FIFA World Cup Fantasy 2018?

Posted on 10 views
Saat artikel ini ditulis, hanya tinggal 1 Hari, 7 Jam, dan 15 Minit sahaja lagi menjelang sepak mula Piala Dunia 2018 yang mengambil tempat di Rusia.

Demam Piala Dunia sudah mulai dirasai sejak beberapa bulan yang lalu, dan bahangnya terasa semakin dekat.

Demam Piala Dunia melanda

Pelbagai cara di kalangan ‘kaki bola’ menunjukkan minat dan sokongan mereka, sama ada terhadap pasukan ataupun negara yang mereka sokong dan gemari.

Antaranya ialah dengan memiliki cenderamata Piala Dunia dan jersi negara bertanding. Tidak kurang juga yang bersedia berbelanja lebih dengan menyertakan sekali ‘name set’ nama pemain kegemaran, baik Sergio Ramos mahu pun Mohamed Salah.

Skuad Harapan FC oleh Meor Syamim

Begitulah warna-warni Piala Dunia yang melanda penyokong bola sepak di Malaysia walaupun skuad negara tidak pernah beraksi di kejohanan tersebut.

Selain daripada pembelian jersi dan cenderamata, salah satu lagi perkara yang mulai menggamit penyokong bola sepak di Malaysia sejak beberapa edisi Piala Dunia yang lalu ialah permainan FIFA World Cup Fantasy.

FIFA World Cup Fantasy

Bagi anda yang merupakan peminat setia permainan Fantasy, apa yang perlu anda tahu mengenai permainan edisi Piala Dunia pada kali ini?

Bagi yang sudah biasa dengan permainan Fantasy Premier League (FPL), maka anda tidak akan berhadapan dengan banyak masalah untuk edisi Piala Dunia ini.

Anda turut boleh memilih pelbagai formasi seperti 3-5-2 pilihan Gary Hardin Lugard.

Peraturannya hampir sama dengan di FPL. Setiap pusingan, anda dibenarkan untuk melakukan beberapa set perpindahan pemain. Bagi perpindahan pemain melebihi kuota, empat mata akan dipotong.

Seperti di FPL, edisi Piala Dunia ini juga memiliki ‘bench boost’. Setiap kiraan mata juga adalah sama. Pemain pertahanan akan mendapatkan 6 mata jika menjaringkan gol, pemain tengah 5 mata dan pemain penyerang akan mendapatkan empat mata.

Taktikal 3-4-3 dan Lionel Messi sebagai kapten pilihan Nazreen Izahar. Apakah peluang Lembu Ayam?

Anda juga diberikan satu ‘wildcard’ untuk digunakan sepanjang kejohanan berlangsung, namun perlu diingatkan bahawa anda turut akan diberi peluang menukar keseluruhan pasukan selepas tamat pusingan peringkat kumpulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.