ANAK RITA RUDAINI TIDAK CEREWET

Posted on 3 views

“ANAK tidak mahu apa-apa sempena raya ini, mereka nak balik kampung saja. Mungkin Allah nak bagi saya senang dengan cara ini,” luah pelakon popular Rita Rudaini mengenai dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Rita, 42, berkata, dua anaknya tidak mahu dia membazir dengan membeli keperluan lain sebaliknya menggunakan apa yang ada.

Bagaimanapun, Rita tetap membelikan dua pasang baju Melayu untuk digayakan pada pagi Syawal ini dan sambutan Aidilfitri di sekolah.

“Selepas dapat dua anak, saya sudah tidak kisah mengenai baju raya, malah memang tidak ada. Kalau ada pun, hadiah daripada peminat. Kadang-kadang saya pakai apa yang ada saja.

“Selepas berkahwin dan bercerai, bagi saya anak lebih penting. Tetapi, saya bersyukur dapat anak yang tidak meminta-minta. Mungkin mereka faham saya bekerja keras seorang diri untuk mereka.

“Saya tanya nak kasut dan baju raya tidak, masing-masing menolak. Mereka kata baju lama ada lagi. Apabila saya belikan baju Melayu dua pasang seorang, Rayyan membebel. Dia cakap, kenapa saya membazir. Sebagai ibu, sedih dan sebak saya mendengar. Niat saya hanya menggembirakan mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Rita berpesan kepada pelakon Elly Mazlein supaya bersabar jika bekas suami tidak menyediakan persiapan raya buat anak.

“Buat Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) tidak perlu hairan kalau pak (ayah) dia tak bagi baju raya. Lantak depa (dia).

“Memang mula-mula terasa sedih, geram, sampai hati buat anak macam ni, tapi selepas tiap tahun mcm (macam) itu, sudah lali.

“Doa banyak-banyak supaya kita anak beranak dijauhi daripada manusia munafik dan didik anak-anak kita seelok elok perangai,” tulis Rita di laman Instagram miliknya.

Source : Viral & Glamour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.