Aliff Aziz Tidak Kisah Dikritik

Posted on 1 views
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran anaknya Ayden Ardean yang pertama, baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ada memuat naik video saat isterinya sedang bersalin dan mengucapkan terima kasih kepada Bella yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Namun, ada sesetengah pihak mengkritik tindakannya berkongsi video berkenaan dengan umum dan turut mempersoalkan mengapa Aliff tidak pula dikecam seperti Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Aliff sedikit pun tidak terkesan dengan kritikan netizen dan berharap minda masyarakat lebih terbuka serta tidak terlalu melihat sesuatu perkara itu daripada sudut yang negatif sahaja.

Sejujurnya, saya memuat naik video tersebut kerana mahu meraikan momen indah Ayden lahir ke dunia, tidak lebih daripada itu. Jika ada yang mahu mengkritik, saya tidak kisah. Saya faham mereka mempunyai pandangan dan pendirian tersendiri.

Saya berharap agar masyarakat tidak memandang setiap perkara sebagai sesuatu yang negatif. Kita akan lebih bahagia jika kita sentiasa positif dalam segala hal.

Rasanya sebelum ini Aliff ada berkongsi video Bella sedang bersalin bukan? Cumanya, ia tidak mendapat perhatian ramai ketika itu. Pada pendapat kami, tidak salah untuk membuat ucapan terima kasih terhadap pengorbanan isteri melahirkan zuriat tercinta, tetapi mungkin tidak perlu sertakan video bersalin. Apa pula komen korang?

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.