Aksi Robbie Williams Tunjuk Jari Tengah Ketika Persembahan Tidak Senonoh

Posted on 3 views
Penyanyi berbangsa Inggeris, Robbie Williams memulakan Piala Dunia 2018 dengan kaedah yang dianggap kurang senonoh ketika acara pembukaan berlangsung.

Penyanyi pop tersebut menyanyi di hadapan ribuan penononton di Stadium Luzhniki, Moscow sebelum sepak mula perlawanan pertama kejohanan ketika Willians secara tiba-tiba menunjukkan jari tengah ke arah kamera, dengan jutaan lagi penonton menyaksikan acara pembukaan tersebut di seluruh dunia.

(Photo credit should read ALEXANDER NEMENOV/AFP/Getty Images)

Williams sebelum ini turut dikritik di Rusia dan juga negara asalnya England, kerana bersrtuju untuk terlibat dengan acara pembukaan Piala Dunia 2018.

Penyanyi berusia 44 tahun tersebut diingatkan untuk tidak menyanyikan lagu berjudul ‘Party Like a Russian’ yang mempunyai lirik pro-Kremlin dan disifatkan oleh media Rusia sebagai mempersendakan pemerintahan tertinggi negara tersebut.

(Photo by Amin Mohammad Jamali/Getty Images)

Di England pula, Williams dibidas oleh peminatnya kerana sanggup bekerjasama dengan negara yang didakwa mencabul hak kemanusiaan.

Program selama 15 minit tersebut diterbitkan oleh Channel One Rusia dan memecah tradisi persembahan ketika acara pembukaan Piala Dunia selama ini.

Di Rusia, fokus lebih terarah kepada aksi muzikal termasik persembahan karya Pyotr Tchaikovsky; seorang komposer muzik klasik Rusia.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Ia diikuti oleh penampilan Iker Casillas dan supermodel Rusia, Natalia Vodianova yang membawa trofi Piala Dunia ke padang menggunakan sebuah beg jenama Louis Vuitton.

Williams akhirnya mempersembahkan dua lagu, “Let Me Entertain You” dan “Rock DJ”, sambil ditemani oleh penyanyi latar.

Beliau kemudiaanya disertai oleh Garifullina, penyanyi Vienna State Opera untuk mendendangkan lagu Williams berjudul ‘Angels’.

Tidak ada lagu kontroversi “Party Like a Russian” oleh Williams sepanjang persembahan tersebut.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.